Kelas ICT (Laman Web, Membuat Video dan Poster) dan Klik Dengan Bijak
21 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 20 Februari 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Serasot telah mengadakan kelas ICT (laman web, membuat video dan poster) serta aktiviti Klik Dengan Bijak. Kelas ini memberi pendedahan untuk membuat laman web menggunakan wordpress dan perisian movie maker. Kelas ini telah disampaikan oleh Pengurus PI Serasot, Encik Benjamin anak Asin dan dibantu oleh Penolong Pengurus, Cik Emmy Lyn Bungan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: